Tiga selebriti tanah air iaitu Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor difahamkan tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar pukul 9.30 pagi Khamis bagi memberi keterangan berhubung kes sendiket syarikat pengurusan kewangan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Ziana Zain Enggan Beri Komen – ‘Kak Gee Hanya Menyanyi Je, Sayang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jalaluddin Hassan Sedia Bagi Kerjasama Kepada SPRM, Nafi Terima Bayaran RM400,000
Beri keterangan
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun dikatakan tidak menggunakan laluan pintu utama di mana tempat pengamal media menunggu sejak awal pagi, sebaliknya menggunakan jalan lain.
Sementara itu, sumber turut mengesahkan mereka hadir bersama pegawai siasatan untuk memberi keterangan pada hari ini.
Ketiga-tiga mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung sendikit syarikat pengurusan kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Dakwaan terima bayaran
Siasatan berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Difahamkan kesemua selebriti terbabit dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit yang bertindak sebagai duta.
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.