Meskipun sudah bercerai, namun pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila sering menjadi sorotan warganet kerana mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jebat Jayden ‘Speechless’, Senyum Sampai Telinga Nabila Belikan Baju Gucci – ‘Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 40 Tahun Simpan ‘Hasrat’, Harley Davidson Akhirnya Milik Sharnaaz Ahmad – ‘Setiap Tahun Kecut, Tahun Ini Aku Gagahkan Diri’
Beli jiwa anak
Terbaru, Sharnaaz, Nabila dan Jebat sedang meluangkan masa bersama bermain papan salji (snowboard) di French Alps, Perancis.
Menerusi hantaran di Instagram, Jebat sedang belajar cara untuk bermain papan salji bersama jurulatih.
Anak tergolek lima kali, bapa dia jatuh 50 kali.
Momen anak beranak
Dalam video tersebut, kakak kepada selebriti, Neelofa hanya merakam momen anak beranak tersebut selain menikmati pemandangan di sekitar pergunungan itu.
Rata-rata warganet menyifatkan Sharnaaz dan Nabila patut dijadikan contoh buat pasangan lain yang bercerai kerana memilih untuk berbaik demi masa depan anak.
Sumber: TikTok