Isteri kepada pelakon Zamarul Hisham iaitu Diana Rafar melaporkan keadaan terkini selepas suaminya mengalami kesukaran untuk bernafas ketika sesi penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zamarul Hisham Cuba Gaya Rambut ‘Buzz Cut’ Di Usia 53 Tahun, Netizen Komen – ‘Nampak Muda 10 Tahun’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Rafar Dedah Sifat OCD Zamarul Hisham – ‘Dia Lap Basikal Dari Lepas Isyak Sampai Subuh’
Sesak nafas
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed dilihat dalam keadaan lemah ketika diusung jururawat.
Pada perkongsian itu, Diana tidak berhenti memohon doa agar dipermudahkan segala urusan.
Doakan abang (Zamarul) tiada apa-apa yang serius.
Abang tiba-tiba tidak boleh bernafas. Dia lemah.
Walau bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Zamarul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan.
Abang masih di ICU sejak semalam.
Dia dah boleh bernafas macam biasa cuma masih dirawat untuk mengetahui punca sesak nafas.
Sumber: Instagram @dianarafar, Harian Metro