Perkongsian di Instagram Story milik pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila memuat naik video ‘boomerang’ memperlihatkan dia memegang botol air minuman keras.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Tak Kisah Tengok Jefri Nichol Berlakon Adegan ‘Panas’ – ‘Tapi Dia Tak Bagi Saya Tonton’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Hanya Mampu Merancang, Tawakal Dengan Perancangan Allah – ‘Insya-Allah Kahwin Pada Waktu Tepat’
Minuman keras?
Menerusi hantaran tersebut, Jefri bersama beberapa rakannya dipercayai memegang botol air minuman beralkohol sambil mengangkat ke atas.
Dalam perkongsian itu, aktor berusia 26 tahun berkenaan dilihat mengenakan baju jaket berona coklat.
Malah, Jefri turut meletakkan nama atau ‘mention’ akaun Instagram jenama air minuman keras tersebut.
Sebelum ini, Jefri mendedahkan dia seorang muslim ketika mendedahkan dia memakan daging khinzir bagi menambah berat badan.
Sejak kebelakangan ini, nama Jefri semakin menjadi topik bualan wargamaya dalam media sosial apabila dia didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Ameera Khan.
Meskipun tidak pernah mengesahkan perkara itu, namun keakraban yang sering dipamerkan menguatkan dakwaan bahawa mereka kini sedang bercinta.
Sumber: Instagram