Baru-baru ini, telah berlangsungnya karnival gaya hidup dan makanan, Makar Fest yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan.
Lebih membanggakan, karnival tersebut yang kembali ke Negeri Cik Siti Wan Kembang selepas lebih dua dekat itu berjaya membawa sifu muzik terkenal iaitu Datuk Dr. M. Nasir.
Artikel Berkaitan: Band Indie Meriahkan Gastro Groove Fest.. Festival Pertama Gabungkan Pesta Muzik, Makanan & Budaya
Satu penghargaan besar
Issey Fazlisham, selaku orang kuat Makar Fest yang merupakan bersama Red Bean Productions & Agency dan Sunburst KL, Issey Fazlisham berkata, ia adalah satu penghargaan buat mereka apabila M. Nasir bersetuju untuk hadir dan membuat persembahan di karnival tersebut.
Pastinya satu penghargaan buat kami apabila beliau sudi dan bersetuju hadir membuat persembahan di Makar Fest sempena Malam Muzikal Makar pada 31 Januari lalu.
Saya akui bukan mudah untuk memujuk beliau dek kesibukannya tapi bersyukur rezeki kami dan saya sendiri teruja selepas beliau setuju sebaik kita kongsi konsep karnival ini yang lain dari lain iaitu membabitkan tiga elemen makar (fesyen), makan dan muzik.
Sifu M.Nasir mempunyai ciri-ciri itu iaitu seorang penyanyi yang sentiasa ada gaya tersendiri dan ditunggu-tunggu oleh peminat di Kelantan.
Seronok dapat beri peluang perniagaan
Issye yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan hampir 250,000 pengunjung yang hadir sepanjang empat hari karnival berjalan.
Bercerita lanjut, anak jati Kelantan ini turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu khususnya peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.
Syukur juga kerana kami dapat membuka peluang kepada rakan artis dan pempengaruh sama-sama berniaga selain turut menarik pengujung bukan saja tempatan tetapi juga selatan Thailand.
Kita mendapat respon yang sangat baik dan sokongan padu daripada peserta karnival yang mahu Makar Fest diteruskan dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua.
Maklumat lanjut mengenai Makar Fest 2.0 akan dimaklumkan kemudian menerusi laman media sosial kami.
Sekadar info, M. Nasir telah menyampai beberapa karya hits nyanyiannya termasuklah Hati Emas, Mentera Semerah Padi dan lagu dialek Kelantan Lagam Pok Dogol.
Selain M.Nasir, antara selebriti yang memeriahkan karnival Makar Fest termasuklah penyanyi Amir Masdi serta pelawak, Sabri Yunus.
Bertempat di Mydin Mall di Tunjong, Makar Fest turut diwangikan oleh Yaya Empire selaku penaja.