Pengarah terkenal, Michael Ang berang dengan tindakan sekumpulan pempengaruh yang sanggup membuat berita palsu mengenai kehilangan rakan mereka di dalam hutan yang terletak di Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dakwa Kejadian Pempengaruh Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Palsu – ‘Talent Agency Sahkan Its Fake’
Memalukan Malaysia!
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Michael berpendapat tindakan sekumpulan pempengaruh itu sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Michael, permohonan maaf juga tidak mencukupi kerana perbuatan mereka telah memalukan dan mencemarkan nama negara.
‘These idiots’ dah memalukan Malaysia, nak buat content pun tak akan lah sampai buat ‘hoax’ (menipu).
Mana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf?
Maaflah, bapa-bapa(anggota) polis Indonesia, sila sumbat mereka dalam penjara ya, kasi ajar sikit.
Dalam masa yang sama, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ ini turut menggesa pihak kerajaan Malaysia untuk menahan kesemua pempengaruh itu apabila pulang ke Malaysia.
Bukan itu sahaja, Michael turut memohon Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua pencipta kandungan tersebut yang sanggup menyebarkan berita palsu demi meraih penonton dan pengikut di media sosial.
Dan, kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik sini. Dah buat satu Malaysia malu ini, agak-agaklah nak buat duit dan tambah pengikut.
Tiba masanya Kementarian Komunikasi ambil tindakan terhadap orang-orang yang buat berita palsu macam ini.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael yang menganggap kesemua pempengaruh itu telah memalukan negara.
Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Sumber: IG Michael Ang