Usahawan dan pempengaruh media sosial, Sara berkongsi keadaan wajah terkini selepas menerima suntikan botox yang dibuat baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Influencer Muak Bercinta Dengan Lelaki Melayu Akhirnya Kahwini Jejaka Netherland
‘Salah siapa ni’
@darlingsaraa__ Hhahaha salah siapa ni ?
? original sound – Darlingsara / Sara Anna ?? – Darlingsara / Sara Anna ??
Menerusi hantaran di TikTok, Sara atau lebih mesra disapa Darling Sara berkata terdapat cara untuk mengetahui sama ada dia sudah melakukan suntikan botox.
Katanya, ia dapat diketahui melalui senyuman di mana ketika dia tersenyum bibirnya menjadi senget sebelah.
Senget ini bukan sengaja.
Saya memang buat botox dekat dua belah, kiri dan kanan.
Cumanya yang sekarang ini sebelah sahaja yang ‘jadi’, sebelah lagi masih belum ‘jadi’.
Sara yang terhibur melihat mukanya sendiri cuba untuk menahan ketawa tetapi gagal setiap kali mengukir senyuman.
‘Nak gelak atau kesian’ – Netizen
Segelintir netizen tidak terlepas untuk meninggalkan komen menyatakan mereka turut terhibur melihat wajah Sara.
Sumber: TikTok Darling Sara