Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz berkongsi pengalamannya sewaktu berurusan dengan polis Indonesia ketika bercuti di negara tersebut pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama
Buat aduan barang hilang
@zhiddinazizz? original sound – zhiddinaziz
Menerusi hantaran di TikTok, Zhiddin hadir ke balai polis di Bandung bagi membuat laporan mengenai kehilangan barang miliknya.
Ujar Zhiddin, pada ketika itu kira-kira empat anggota polis duduk bagi mendengar laporan yang mahu dibuatnya.
Saudara, betul ke polis Indonesia perasuah? Dengar pengalaman saya. Tahun lepas di Bandung, saya buat laporan polis, ada barang hilang.
Tiba-tiba, ada seorang anggota ini datang bertanya tentang kehadiran saya. Kemudian tanpa banyak bertanya polis itu tarik kerusi dan duduk bersama saya.
Tak lama kemudian, empat orang polis lain duduk mendengar laporan saya.
Daripada situ saya fikir, di Indonesia ini keselamatan kita pasti terjaga. Barang hilang pun sampai empat orang ambil tahu. Kalau orang hilang, mungkin 10 ke 20 orang polis membantu.
Sewaktu laporan sedang dibuat, polis bertanyakan tujuan kehadiran Zhiddin ke Indonesia.
Kemudian, ada polis tanya aktiviti saya di Indonesia.
Saya pun jawablah, ‘Saya cari ilham nak habiskan novel yang saya tulis, kadang-kadang buat video cerita keindahan Indonesia, sebab saya nak tutup sengketa antara Malaysia dan Indonesia.’
Mendengar kepada jawapan tersebut, polis Indonesia kemudiannya menasihati Zhiddin untuk menghasilkan video berkualiti dan bermanfaat.
Kemudian ada polis ingatkan, buat video biar bermanfaat. Saya dalam hati ‘Jangan risau pak. Saya ini pencipta kandungan, tahu batasnya’.
Saya tahu kalau buat ‘content’ palsu sampai timbul kekecohan, sampai masuk berita, balik Malaysia saya boleh kena dakwa Akta 574 Seksyen 505, dua tahun penjara.
Akta Komunikasi & Multimedia 1998, Seksyen 223, RM50,000 dan penjara.
Di akhir video, Zhiddin menegaskan bahawa anggota polis di Indonesia bukanlah perasuah seperti yang didakwa segelintir pihak.
Jadi video ini saya nak simpulkan siapa yang kata polis Indonesia ambil rasuah, saya tidak setuju. Polis Indonesia cemerlang, polis Malaysia terbilang.
Yang mana kata ada juga yang ambil rasuah tu, itu bukan polis, itu musang berbulu ayam. Ingat, kalau seorang buat kesalahan, jangan sampai seluruh pasukan dipersalahkan.
Komen netizen
Perkongsian Zhiddin itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya susulan tularnya berita mengenai pempengaruh media sosial negara yang melakukan cerita rekaan mengenai kehilangan rakan mereka di hutan Indonesia, beberapa hari yang lalu.
Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Sedar akan kesilapan, Ammar Nazhan dan seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Aras membuat permohonan maaf secara umum dan berjanji tak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Sumber: TikTok