Tindakan pempengaruh terkenal iaitu Imran Bard yang memuat naik video di Instagram (IG) mengundang perhatian dan kecaman wargamaya.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Terkilan Dituduh Murtad & Liberal Isu Susukan Anak Babi– ‘Ustaz Kata Tak Dosa Sebab Bukan Sentuh Atau Makan’
Normalisasi songsang?
Mana tidak, video yang dimuat naik pempengaruh tersebut didakwa seakan mempromosi serta menormalisasikan budaya songsang.
Menerusi video yang dimuat naik, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilihat sedang menghidangkan juadah Char Kuey Tiaw untuk seorang lelaki yang telah memanggilnya sayang.
Dilihat seperti tidak kena dengan tekak dan selera, lelaki tersebut kemudiannya memaklumkan mahu mengajar Imran untuk memasak juadah tersebut dengan cara yang betul.
Apa yang mengejutkan ialah, video tersebut kemudiannya memaparkan beberapa adegan seperti pempengaruh itu dipeluk dari belakang serta adegan lelaki tersebut yang seperti mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat dengannya.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan Imran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya untuk tidak menormalisasikan budaya tersebut memandangkan ianya merupakan perkara yang ditegah mengikut hukum syarak.
Sementara itu, tinjauan OhBulan! mendapati Imran sudah pun memadam video tersebut selepas meraih kecaman daripada netizen.
Sumber: Aplikasi X