Pelakon jelita Indonesia, Jennifer Coppen mengakui anak perempuannya, Kamari Sky merupakan anak luar nikah hasil hubungannya bersama arwah suaminya, Dali Wassink.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Nafi Suami Kemalangan Sebab Mabuk, Jelas Arwah Papa Dali Pernah Minta Mayat Dibakar – ‘Saya Masih Buat Tahlil Di Rumah’
Tak gugurkan kerana tahu salah di sisi agama
@curahanhati912? Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
Sungguh pun begitu, Jennifer memaklumkan dia mengambil keputusan untuk tidak menggugurkan dan tetap mahu mengekalkan kandungannya pada ketika itu.
Ujar Jennifer, dia tidak mahu menambah lagi dosa selepas kekhilafannya yang sudah hamil anak luar nikah.
Aku tak memilih untuk menggugurkan kandungan ini kerana saya tahu yang aku dah buat salah iaitu hamil anak luar nikah.
Kalau aku gugurkan pula nanti tak tahu macam mana kehidupan aku di masa akan datang.
Tambahan pula, aku beragama Islam dan menggugurkan anak itu merupakan perkara yang paling ditegah dan dimurkai Tuhan.
Aku dah banyak dosa dan aku tak akan tambah dosa dengan melakukannya (gugur kandungan). Yang penting aku tidak membunuh seorang manusia.
Tambah Jennifer, arwah Dali juga tidak mempengaruhi fikirannya untuk menggugurkan kandungan pada ketika itu.
Waktu Dali tahu aku hamil dia tak ada pun cakap, ‘Awak harus gugurkan kandungan ini, saya tak nak anak ini’. Tidak, dia tak cakap pun macam itu.
Cuma dia cakap yang dia tak bersedia untuk mempunyai anak dan terus menangis.
Jennifer berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast bersama personaliti terkenal, Denny Sumargo.
Tetap mahu jujur kepada umum
@curahanhati912? Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
Bercakap mengenai situasi tersebut, selebriti berusia 23 tahun ini memaklumkan dia mendapat tentangan hebat dari semua pihak termasuklah keluarganya.
Aku memilih untuk tidak berselindung dengan perkara ini kerana sejujurnya ramai yang marah dan menentang sewaktu tahu aku hamil, termasuklah keluarga aku.
Sudah tentu, ayah aku selaku orang tua kecewa sangat tetapi dalam masa yang sama dia tak bersetuju untuk aku dedahkan kepada umum kerana dia takut dengan penerimaan orang.
Walau bagaimanapun, dia memilih untuk memaklumkan tentang kehamilannya kepada umum kerana tidak mahu berdepan dengan situasi yang lebih teruk di kemudian hari.
Bahkan ‘team’ yang uruskan aku juga tak benarkan sebab mereka takut akan beri impak kepada kerjaya aku.
Tetapi aku tetap ambil keputusan untuk kekalkan bayi ini dan tidak akan berselindung tentangnya.
Pada aku, lebih baik aku jujur lebih awal daripada berdepan dengan perkara buruk di kemudian hari.
Ini salah aku, tapi aku akan berdepan dengannya walaupun ia satu perkara yang sakit untuk ditelan seperti akan dikecam satu Indonesia.
Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.
Sumber: TikTok