Selebriti Bella Astillah sekali lagi meraih perhatian apabila berjaya membuat ahli Parlimen Muar, Syed Syaddiq terkedu kerana pickup line yang diberi.
Artikel Berkaitan: Netizen Tuduh Gedik, Didi Astillah Perjelas Kenapa Bella Dukung Turun Gunung Kinabalu – ‘Saya Cadangkan Akak Daki Tanpa Latihan Stamina’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’
Takkan nak panggil ‘B’?
Menerusi satu kompilasi klip di TikTok, ia memaparkan Bella dan Saddiq sedang menjelaskan keberadaan mereka pada orang ramai.
Difahamkan, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berada di Muar untuk membantu memberi agihan bantuan kepada penduduk di situ.
Ketika selebriti berusia 31 tahun itu bertanyakan soalan kepada Saddiq, dia memanggilnya Yang Berhormat (YB).
YB eh? Bagus, skemanya luar biasa.
YB la takkan nak panggil B pula.
Serangan balas Bella membuatkan pemilik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu terdiam kerana malu.
Ayat baku sebab Saddiq Skema
Mereka berdua kemudiannya ketawa kemungkinan geli hati dengan ayat yang diucapkan.
Bella menyeloroh, dia terpaksa bercakap menggunakan ayat-ayat baku susulan ahli Parlimen Muar adalah seorang yang skema.
Skemanya ya Allah.
Sebab saya bersama orang yang skema, jadi saya kena bercakap macam skema.
Sumber: TikTok