Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) meraih perhatian netizen dengan keperibadiannya yang merendah diri walaupun sedang sibuk menguruskan keperluan anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Wanita Pakai ‘Perfume’ Secara Berlebihan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilot Kagum Dengan Ilmu Ustaz Azhar Idrus, Jawab Soalan Mengenai Nahas Pesawat Azerbaijan & Jeju Air
Ustaz sporting
@misszaw Terserempak ustaz UAI di Jalan Tar, KL.. sporting habis ustaz #UAI #ustazazharidrus #fyp ? AlHijratu – Mohamed Youssef
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut berkongsi momen terserempak dengan UAI di Jalan Tar, Kuala Lumpur.
Pada perkongsian itu, UAI menjelaskan dia sedang mencari barang keperluan anak untuk persediaan masuk sekolah.
Terserempak Ustaz UAI di Jalan Tar, KL.
Sporting habis Ustaz.
Dalam pada itu, pendakwah bebas berusia 60 tahun itu dilihat mesra melayan peminat yang menegurnya.
‘Humble’ beli barang tepi jalan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap UAI yang sentiasa rajin melayan peminat untuk bergambar. Selain itu, warganet turut memuji UAI yang memilih Jalan Tar untuk membeli keperluan anak.
Sumber: TikTok @misszaw