Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus memerah idea dan konsep yang ingin diketengahkan, penyanyi Luqman Podolski akhirnya menarik nafas lega apabila EP perdananya berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.
Artikel Berkaitan: Showcase Jiwa Kacau 2024 ‘Level Up’ Kembali Dengan 4 Band Terkenal Negara Bersama Nidji & Luqman Podolski
Banyak pilihan lagu ada
Menyifatkan EP tersebut sebagai satu penanda aras kepada perjalanan seninya, banyak perkara baharu diterokai oleh penyanyi yang berusia 27 tahun ini bagi memuaskan hati sebahagian besar peminat yang ternanti-nantikan karya terbaharunya itu.
Sebenarnya saya sudah mengumpulkan banyak material lagu sejak awal kemunculan dahulu. Ada yang sudah dilancarkan dan ada juga yang disimpan bagi mencari masa yang tepat sebelum menemui pendengar.
Setelah bertungkus lumus menghasilkan karya dan melakukan banyak perbincangan dengan Warner Music Malaysia, akhirnya lagu-lagu yang dipilih seperti yang termuat di dalam EP Kau Apa Sebenarnya?
Memberikan tumpuan kepada Tiba-Tiba untuk dijadikan single sebaik EP ini dilancarkan, beberapa lagu lain yang dimatikan termasuklah Tak Sedar Diri, Salahkah Aku?, Rahsia dan M***.
Paling istimewa pastinya lagu Aku Dah Tak Percaya yang juga merupakan kolaborasi perdananya bersama Zynakal setelah melakukan beberapa pencarian rakan penyanyi sebelum ini.
Pernah ditolak
Dedah Luqman, Aku Dah Tak Percaya merupakan antara lagu yang memberikan ‘pengalaman’ memandangkan dia pernah memberikan demo tersebut kepada beberapa rakan penyanyi lain sebelum itu.
Sebenarnya telah memberikan demo tersebut kepada mereka tetapi tiada respons yang diterima. Mungkin mereka anggap lagu berkenaan tidak sesuai atau terlambat memberikan persetujuan.
Saya berterima kasih kepada Zynakal yang akhirnya bersetuju dan menganggap lagu ini kena untuk kami sama-sama berkolaborasi, maka terhasil Aku Tak Percaya.
Luqman juga sebenarnya merealisasikan impian sebahagian besar peminat apabila menyudahkan lagu M*** dalam EP ini. Lagu yang sudah dihasilkan sejak 2016 pada asalnya hanyalah lagu untuk kandungan media sosial sahaja.
Dibuat dalam durasi satu minit ketika itu, ramai yang suka dan tak kurang juga mengharapkan adanya versi penuh naskhah berkenaan dihasilkan.
Demi memenuhi impian pendengar, saya siapkan M*** untuk semua. Harapnya mereka menikmati versi penuh lagu ini dan memberikan sokongan kepada keseluruhan naskhah yang terkandung dalam EP ini.
Dalam majlis yang dianjurkan itu, lebih 100 peminat terpilih hadir mendengarkan Luqman menyanyikan beberapa buah lagu di dalam EP ini selain terlibat dalam acara sampingan untuk mereka.