Biarpun tidak berjaya menepati ramalan peminat untuk menjuarai program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Jimi merasakan tempat ketiga merupakan salah satu rezeki yang sudah tertulis untuknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Jimi Sekali Lagi Jadi Juara Mingguan! Persembahan Lagu ‘Senggol-Senggolan’ & ‘Drama King’ Cukup Rasa
Artikel Berkaitan: Jimi CSOIAM Bangga Bakal Sepentas Dengan Aina Abdul – ‘Bukan Senang Nak Berduet Dengan Artis Malaysia’
Alhamdulillah atas rezeki
Ketika ditemui OhBulan!, Jimi meluahkan rasa syukur apabila terpilih menjadi salah seorang finalis bagi program tersebut.
Bagi pendapat Jimi, perancangan selepas program lebih memainkan peranan penting buat para peserta untuk terus bersinar dalam industri seni.
Jangkaan masing-masing bila masuk mesti nak menang nombor satu, ia bergantung kepada rezeki.
Alhamdulillah sampai ke tahap ini, dah dapat tempat ketiga pun alhamdulillah semua atas rezeki.
Cuma perancangan je, apa yang nak buat selepas program ini.
Ramalan peminat
Ketika ditanya mengenai ramalan peminat, Jimi berkata jangkaan itu dibuat apabila dia berjaya menunjukkan persembahan yang cemerlang pada setiap minggu.
Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati dengan keputusan akhir meskipun tidak mendapat gelaran juara.
Untuk ramalan-ramalan daripada peminat itu mungkin berdasarkan persembahan saya pada setiap minggu. Orang ramai akan mempunyai jangkaan sendiri.
Alhamdulillah, (tempat ketiga) pun cukup memberangsangkan buat saya.
Bercerita mengenai single pertama berjudul Tetap Berharap, Jimi berkata lagu tersebut sangat dekat kerana merupakan ‘makanannya.’
Lagu itu sangat-sangat kuat juga untuk saya sebab genre balada adalah salah satu saya punya forte.
Selain itu, saya juga ada plan untuk membuat lagu sendiri, jadi insya-Allah akan cuba lakukan perkara baru selepas pertandingan ini.
Sebelum ini, pada peringkat akhir CSOIAM, Jimi menyanyikan lagu Tetap Berharap dan Bayangan Tarianmu, nyanyian Carefree.
Jimi mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.