Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan memberitahu anak saudaranya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia dalam tidur, kira-kira jam 1 petang, pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Ketujuh, Timang Cahaya Mata Lelaki
Meninggal dalam tidur
Ketika dihubungi, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata adik perempuannya, Ayu Raudhah terus menghubungi ambulans selepas bayi berusia enam bulan itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.
Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur di rumah. Bila lihat arwah sudah tak sedar, Ayu Raudhah segera hubungi ambulans.
Jenazah dibawa ke Hospital Rembau dan harap urusan pengebumian dapat diselesaikan malam ini.
Baby selalu datang tidur di rumah
Dalam pada itu, Che Ta, 51, menyatakan dia dan bayi Aisy sangat rapat kerana Ayu sering datang bermalam di rumahnya pada hujung minggu.
Memang kami terasa dengan pemergiannya kerana Aisy bayi yang sangat baik.
Kami sangat rapat kerana Ayu dan anak-anaknya sering datang bermalam di rumah saya.
Boleh dikatakan setiap minggu mereka akan datang tidur di rumah, jadi anak-anak saudara memang rapat dengan saya.
@ohbulanofficial Innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah #ohbulan #fyp #news #anak #bongsu #zaquanadha #meninggal #dunia ? suara asli – milenia – ulinnuha
Sebelum ini, pemain bola sepak, Zaquan Adha memaklumkan berita pemergian anak bongsunya pada usia enam bulan kepada umum di media sosial.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.