Tidak lagi berselindung, pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr.E. semakin terbuka berkongsi keakraban hubungan mereka kepada umum.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Bagi ‘Hint’ Dah Temui Pengganti? – ‘Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan’
Artikel Berkaitan: Erra Fazira & Mr.E Makin Terbuka Kongsi Keakraban Kepada Umum
Spend masa bersama
Menerusi perkongsian di Instagram Story milik jejaka berkenaan, mereka dilihat meluangkan masa bersama beberapa rakan di sebuah kawasan rekreasi, baru-baru ini.
Erra dan Mr.E kelihatan begitu gembira duduk di atas kerusi sambil berborak dengan dikelilingi kehijauan pokok serta tumbuhan.
Pada hantaran sama, Mr.E yang juga seorang usahawan menggunakan lagu berjudul ‘Selalu Bahagia, Ya’ sebagai muzik latar.
Ucapan ‘birthday’
Sebelum itu, Mr.E ada memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran Erra pada 9 Februari lalu.
Selain berdoa menjadi insan yang lebih baik, jejaka itu turut mendoakan Erra sentiasa hidup bahagia.
Andai bumi terbelah, aku tetapi cinta padamu. Selamat ulang tahun buat kamu yang mempersonakan.
Semoga tahun ini menjadikan dirimu seorang insan yang lebih baik dan diberi kebahagiaan hingga akhir hayat.
Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi mereka ruang.
Sumber: Instagram