Penyanyi Amira Othman akui dengan kekurangan diri sendiri namun tetap memilih dalam menentukan pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tidak Putus Asa Mencari Calon Suami – ‘Tiada Orang Tahu Ujian Percintaan Saya’
Artikel Berkaitan: Amira Othman Dedah Hampir Naik Pelamin, Reda Hubungan Putus Tengah Jalan – ‘Siapa Lelaki Itu Biarlah Rahsia’
Ciri-ciri lelaki idaman
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, menyatakan ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan pasangan hidup.
Menurut Amira, penyabar adalah salah satu ciri yang perlu ada pada calon suami.
Siapalah saya untuk memilih, saya pun ada kekurangan.
Tapi untuk dijadikan suami, pasti kena memilih yang terbaik dan bersesuaian dengan kita.
Pada saya, yang paling penting lelaki itu kena ada sifat sabar.
Lelaki itu juga saya inginkan seorang yang family man.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu berharap calon suaminya memiliki sifat tanggungjawab agar dapat membimbing di dunia dan akhirat.
Kuat cemburu
@im_yourgirl06 Macam ada je semua ciri ciri tu kat Abg Long ?? #amiraothman #fattahamin #wanitaterakhir #fattmira #famiracle #amiracleforfattah #foryoupage #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #mendonia #jakel #fyp #doayangbaikbaik ? original sound – S?c??? G?rL ???
Walau bagaimanapun, Amira lebih memilih untuk dijodohkan dengan lelaki yang tidak berkecimpung dalam industri hiburan.
Kalau boleh saya tak mahu artis.
Sebab saya jenis cemburu.
Namun demikian, Amira akui perlu bersedia dari segala segi untuk menerima karier bakal suami.
Sumber: TikTok @im_yourgirl06