Percaya dengan bakat dimiliki, penyanyi meningkat naik, Danial Kifli enggan menggunakan gimik murahan untuk dikenali mahupun mempromosikan karya.
Artikel Berkaitan: Danial Kifli Tak Segan ‘Busking’, Seronok Hiburkan Peminat Di Bukit Bintang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Danial Kifli Pertaruh Single ‘Jauh’, Tak Setuju Suara Disamakan Dengan Haqiem Rusli – ‘Ton Kami Agak Berbeza’
Tak suka gimik murahan
Danial atau nama lengkap Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, berkata, dia akan menggunakan usaha sendiri untuk membina nama dalam industri selain didorong oleh minat mendalam terhadap bidang nyanyian.
Saya masih ada kudrat dan usaha untuk naikkan nama sendiri tanpa perlu gimik murahan.
Minta maaf, gimik-gimik murahan saya rasa tak sesuai untuk umur saya yang muda ini.
Saya nak berada dalam industri lama, jadi saya tak nak orang ingat saya dengan benda-benda negatif.
Danial berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi ‘Live Busking’ di Bukit Bintang, baru-baru ini.
Dalam sesi tersebut, Danial telah menghiburkan kira-kira 200 penonton dengan mempersembahkan dua buah lagu miliknya iaitu ‘Pergilah Cinta’ dan ‘Jauh’.
Tambah Danial lagi, dia tidak kisah sekiranya bermula dari bawah kerana percaya usaha pasti akan membuahkan hasil.
Saya nak jadi anak seni yang bermula daripada bawah, dikenali kerana karya dan berusaha sampai berjaya.