Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie meluahkan rasa terharu dengan sikap anak tirinya, Matin yang memberi gaji pertama kepadanya.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Bidas Netizen Dakwa Shuib Tak Ajar Ayash Affan Bercakap – ‘Dia Ada Family Yang Cukup Sayang’
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Gaya Hidup Terlalu Mewah, Watie Minta Jangan ‘Compare’ Dengan Arwah Siti Sarah – ‘Harta Arwah Elok Tersimpan Rapi’
Kasih anak pada ibu
@watiehanifiahCerita Di Malam Suprise Birthday Mummy? Tiba2 Matin datang bawak Mummy bunga yg Daddy bagi… Dia cakap cuba Mummy tengok balik apa yg lain dekat bunga tu….Rupanya dia selit duit gaji yang dia dapat malam tu… Dia cakap itu utk hadiah Mummy? Mummy tanya kenape sanggup bagi Mummy… Sbb dia dapat Rm100 tu je… Tapi Rm100 tu jugak lah yang di bagi Mummy… Tahuuuu takkkk dia jawabbbbb apaaaaaa….. Dia kata sbb Mummy lagi bernilai dari duit yg matin dapat? Mummy kata Mummy janji Mummy akan simpan duit yang Matin bagi ni sampai Matin besar,sampai bila2?? Sbb the moment dia cakap mcmtu dekat Mummy, Mummy terharuuuu sangat? I Love U? Thank you @sehayahaya sempat amikkan video ni??? Takkan Terganti – Arnas_19?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Matin dilihat memeluk Watie dengan memberi sejambak bunga yang dibeli Shuib sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 37.
Apa yang membuatkan Watie sebak apabila Matin menyelitkan wang tunai sejumlah RM100 pada bunga tersebut.
Tiba-tiba Matin datang bawak Mummy bunga yang Daddy bagi.
Rupanya dia selit duit gaji yang dia dapat malam itu.
Dia cakap itu hadiah untuk Mummy. Dia dapat RM100 itu je dan duit itulah yang dia bagi Mummy.
Matin cakap saya lebih bernilai dari duit yang dia dapat. Mummy terharu sangat.
Terharu dengan pemberian Matin, Watie berjanji untuk menyimpan wang tersebut selamanya.
Shuib tak salah pilih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah kerana berjaya memiliki seluruh jiwa keluarga suaminya. Selain itu warganet turut memuji Shuib yang pandai memilih seorang ibu untuk anak-anaknya.
Sumber: TikTok @watiehanifiah