Penyanyi Sheila Abdul mengambil maklum mengenai isu membabitkan kelab peminatnya dikenali sebagai ‘Sheilastar’ yang dilabel toksik.
Artikel Berkaitan: Liza Aziz Dah 12 Minggu Tak Makan Pedas, Duit Kemenangan RM100,000 Mahu Pergi Umrah
Artikel Berkaitan: Tepati Ramalan! Usia 62 Tahun Bukan Penghalang Liza Aziz Bergelar Juara GV11, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Akhirnya Saya Menang’
Fansclub toksik
Menganggap kelab tersebut terlalu sayang terhadapnya, Sheila memberitahu, dia ada berbincang dengan ahli ‘Sheilastar’ berhubung perkara terbabit.
Saya tahu tentang ini, sebab ramai yang bercakap kepada saya. Saya rasa mungkin mereka terlalu sayangkan saya atau tak sanggup nak tengok komen-komen negatif yang saya terima.
Mungkin juga mereka nak ‘back up’ saya. Saya tak salahkan mereka, cuma kalau komen itu terlalu kasar dan toksik kami akan berbincang.
Tetapi kalau melebihi dari apa yang kami kawal, saya biarkan pada mereka. Masing-masing dah dewasa dan kami masih berkawan, saya hormat pendapat semua.
Sheila berkongsi perkara itu ketika di sidang media konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-11 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.
Jangan layan
Mengakui tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak, Sheila berkata, dia sudah berpesan kepada kelab peminatnya supaya tidak melayan segala komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Komen negatif itu datang dan pergi, hanya bagaimana kita nak ambil secara mudah atau betul-betul ambil berat perkara itu.
Saya juga ada pesan pada mereka, akan ada saja komen negatif dan jika berlarutan saya akan pesan jangan panjangkan sesuatu isu.
Saya minta pada mereka jangan layan, saya di GV pun nak fokus persembahan.
Hargai peminat![Sheila Abdul](//ohbulan.com/app/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Mungkinkah’ ini turut menambah, dia menghargai sokongan yang diberikan kelab peminatnya sepanjang 12 minggu dia bertanding di GV11.
Tak baik (peminat takut), saya hargai setiap satu usaha yang diberi daripada mereka walaupun dianggap toksik dan berlebihan.
Untuk orang tak minat saya sebab kelab peminat saya, saya hanya serah pada mereka. Ini adalah berkaitan orang yang minat ataupun tidak, kita tak boleh paksa.
Saya hanya buat yang terbaik, kalau dia rasa tak selesa dengan orang sekeliling saya, saya tak boleh paksa, masing-masing ada pendapat dan cara.
Terdahulu, Sheila berjaya merangkul tempat ketiga sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi.