‘Rees dekat syurga dah…’ Demikian penjelasan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha apabila ditanya oleh anak-anaknya berkenaan dengan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’
Pergi ke dunia lain
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak itu sedang berbual bersama anak kelima, Muhammad Aisy Al Jibreel di kediaman mereka.
Jibreel yang baru berusia tiga tahun itu bertanyakan tentang keberadaan adik bongsunya kepada bapanya.
Zaquan kemudiannya berkata dengan sebak bahawa anak bongsunya itu berada di tempat yang lebih indah dari dunia ini.
Nanti Rees nak pergi taman cantik kan?
Pertanyaan itu diajukan selepas kanak-kanak itu dilihat seakan memahami situasi tersebut.
Jenazah Allahyarham Rees telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said pada Rabu.
Ayu hubungi ambulans
Sebelum ini, berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu dikongsikan oleh Zaquan menerusi IGs pada Selasa.
Sementara itu, selebriti Rozita Che Wan yang juga merupakan kakak ipar kepada bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan FC berkata sewaktu kejadian bayi mereka tidak menyedarkan diri.
Oleh itu, pelakon Ayu Raudhah bertindak untuk menghubungi ambulans.
Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Sumber: Instagram