Usahawan dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli beri penjelasan lanjut mengenai isu foto dirinya bersama aktres jelita, Diana Danielle yang mencetuskan pelbagai spekulasi.
Artikel Berkaitan: ‘Diana Kerja Keras Setiap Hari Demi Anak-Anak, Tak Pernah Minta Macam-Macam Dari Saya’ – Iqbal Zulkefli
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Dedah Belum Terima Surat Tuntutan Berkaitan Dakwaan Bakal Disaman RM5 Juta Oleh Bekas Adik Ipar
Gimik semata
@ahmadiqbalzulkefliJangan risau, saya sedar diri. Diana Danielle hanyalah heroin muzik video lagu terbaru saya Undur Diri yang akan ditayangkan beberapa hari lagi, 17.2.2025 Isnin ini. 5:00 petang. Apapun saya tahu netizen senang bergurau dengan saya disebabkan saya tidak pernah marah dan selalu layan. Setkan kalendar sekarang, kunci jam pada 5:00 petang ya. Kalau boleh saya tahu, sudikah kalian support saya? Bolehkah tinggalkan sedikit kata semangat buat saya.? original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa Diana merupakan heroin video muzik lagu terbarunya.
Saya sangat sedar diri.
Saya tidak handsome, gemuk, pendek dan saya masih tahu batas.
Supaya tidak berlaku fitnah, saya harus tegaskan bahawa Diana hanya untuk muzik video lagu terbaru saya.
Walau bagaimanapun, Iqbal akui tidak terasa hati sama sekali dengan komen-komen yang ditinggalkan.
Apa-pun saya tidak terasa hati untuk orang yang kata macam-macam.
Saya anggap itu adalah gurauan dan lagu saya bukan ke arah kontroversi.
Dalam pada itu, usahawan berusia 31 tahun itu menganggap netizen senang bergurau dengannya kerana tidak pernah melenting walau menerima pelbagai kata-kata negatif.
Sumber: TikTok @Ahmad Iqbal Zulkefli