Penyanyi Hael Husaini hanya mengharapkan kesihatan yang stabil sebelum menjelang malam berprestij Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: #AJL39: Masdo & Aisyah Aziz Akan ‘All Out’! Persiapan Sudah 99.9% – ‘Konsep Kali Ini Berbeza, Gabung Tradisional & Moden’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Hanya Tampilkan Gaya Bersesuaian Dengan ‘Aura’ – ‘Tampil Berbunga Tapi She Strong’
Finalis yang luar biasa
Menjawab tentang ramalan lagu ciptaannya ‘Bukan Lagi Kita’ bakal dinobatkan sebagai juara AJL39, Hael menganggap ianya kejayaan bersama.
Mana-mana yang menang, saya okay saja.
Sebab ini merupakan penjurian daripada juri-juri profesional.
Tapi kalau lagu ‘Bukan Lagi Kita’ sebagai juara, bagi saya ini adalah kejayaan buat saya selepas empat tahun berhenti buat lagu.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Diam’ itu sempat menitip ucapan buat penyanyi Nadeera Zaini untuk terus maju ke hadapan.
Alhamdulillah, Nadeera berkongsi rezeki yang sangat besar dengan saya.
Saya doakan yang terbaik.
Semoga Nadeera setaraf dengan artis-artis lain yang pernah berada di pentas AJL.
AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.