Youtuber dan pempengaruh, Bidin Al Zaifa mendakwa dirinya dikacau makhluk halus ketika penggambaran filem Dajal: Satu Malam Dipedajal.
Artikel Berkaitan: Bidin Al Zaifa Pegang Tanggungjawab Bawa Watak Utama Filem Seram, Beri Penjelasan ‘Sidai’ Penonton WaknatTV
Artikel Berkaitan: Gara-Gara ‘Dajal’, Jari Tengah Tangan Kiri Amir Nafis Patah
Penampakan entiti
Berkongsi pengalamannya, Bidin, 35, mendakwa kejadian menakutkan itu terjadi sewaktu penggambarannya habis pada lewat tengah malam.
Difahamkan, pasukan produksi menyediakan tempat penginapan untuk watak utama dalam filem tersebut.
Pasukan produksi bagi setiap pelakon satu bilik.
Selepas saya selesai mandi selepas habis penggambaran pada pukul empat atau lima pagi, bilik sebelah baru nak mandi.
Pelakon Amir Nafis ketika itu pulang ke Kuala Lumpur. Jadi, siapa yang duduk di bilik sebelah?
Ketika ditemui Ohbulan!, Bidin yang membawa watak Fendi dalam filem itu mendakwa makhluk halus itu juga cuba untuk mengacaunya dengan cara lain.
Saya tak layan, kemudian pintu pula berbunyi. Saya terus sumbat earphone, main game.
Bercerita lanjut, Bidin turut mendakwa berlaku kejadian aneh ketika sesi penggambaran bersama krew.
Pun begitu, Bidin berkata kekacauan tersebut tidak terlampau teruk sehingga mengganggu konsentrasinya ketika berlakon.
Dakwanya, dia melihat penampakan satu kelibat entiti ketika penggambaran upacara ritual dilakukan pada waktu malam.
Krew ada bagitahu yang mereka ada nampak kelibat. Tapi yang teruk macam kena rasuk itu tiada, hanya penampakan.
Seronok cabar diri
Ketika ditanya persiapan membawa watak yang berlainan dengan dirinya, Bidin berkata dia sangat seronok mencabar diri melakukan sesuatu luar kebiasaannya.
Umpama kita mencabar diri daki Gunung Kinabalu. Sama keadaannya. Pengarah mempunyai pengalaman yang lebih daripada 10 tahun dan dia mengajar bukan mengarah.
Saya bangga dengan hasil (lakonan) yang saya tunjukkan.
Untuk info, filem Dajal terbitan Metrowealth Pictures sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.
Selain Bidin, Dajal turut dibintangi Amir Nafis, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Dai Syed, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.