Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita perkahwinan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, yang sudah bertahun bertaut cinta.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Selamat Bergelar Suami Isteri
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kongsi Gambar Cincin, Bagi ‘Hint’ Bakal Kahwin?
Video gamit kenangan
Berita baik itu sekali gus membuatkan para peminatnya patah hati kerana pelakon tampan itu telah bertukar status menjadi ‘suami orang’.
Tular di media sosial, satu video yang memaparkan momen Syafiq ketika zaman belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menerusi perkongsian di TikTok, individu tersebut dipercayai merupakan bekas rakan sekelas Syafiq ketika dia melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, jurusan Filem, Teater dan Animasi (FITA).
Difahamkan, Keyna memuat naik video itu kerana mahu mengucapkan tahniah atas perkahwinannya bersama cinta hati.
Pada tahun 2011, kami sama kelas dan sama kumpulan production.
Selamat pengantin baru dari bekas rakan sekelas UiTM 2011.
Menurut Keyna, pada tahun itu Syafiq baru sahaja menjejakkan kaki dalam dunia seni.
Video menggamit kenangan itu berjaya menarik perhatian netizen, yang rata-rata terkejut kerana anak kelahiran Kuala Lumpur itu merupakan alumni FITA UiTM.
Komen netizen
Sumber: TikTok