Personaliti media sosial, Mekyun meraih perhatian netizen dengan kehadirannya pada malam acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: Mekyun Terkejut Ditawar Wanita Jadi Isteri Kedua – ‘Nak Jadi Madu Saya Tak?’
Artikel Berkaitan: Mekyun Dakwa ‘Influencer’ Sombong Berbanding Artis – ‘Ada Vibes Aku Lagi Bagus Daripada Kau’
Busana merah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee dilihat berbusana merah pada acara karpet merah AJL39.
Apa yang meraih perhatian, figura Mekyun dipuji seperti pelakon Siti Saleha.
Perkongsian tersebut memiliki lebih 100 ribu tontonan dengan pujian yang ditinggalkan buat pempengaruh berusia 28 tahun itu.
Ingat Siti Saleha tadi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehadiran Mekyun pada malam itu dengan solekan dan busana yang memukau. Selain itu, warganet turut menyamakan rupanya seperti pelakon Siti Saleha.
Sumber: TikTok @mekyunnnn