Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa memohon agar orang ramai menyelit doa yang baik untuk adik perempuannya, Ameera Khan yang sedang hangat diperkatakan bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Doa Berlindung Api Neraka – ‘Letak Syurga Sebagai Matlamat Utama, Tujuan Hidup Jadi Lebih Jelas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Mesra, Netizen Terkejut Tengok Jefri Nichol Ci*m Pipi Ameera Khan
Sudah nasihat
Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa menyatakan dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai kakak dalam menasihati Ameera.
Sebenarnya tidak elok untuk saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tak nak komen pun.
Tetapi saya sudah lakukan bahagian saya dan saya tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, meminta agar warganet berhenti daripada terus menerus mengkritik dan mengecam Ameera.
Saya ingin meminta kepada semua janganlah kecam, menulis yang buruk. Kalau sekalipun anda suka atau tidak suka, tolonglah selitkan doa yang baik-baik.
Susunan dan perancangan Allah itu boleh diubah menjadi sesuatu yang baik. Allah susunkan yang baik dengan doa yang baik.
Kami sesama adik beradik, kami nak yang terbaik.
Neelofa berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada malam Rabu.
Selain Neelofa, antara penerima anugerah berprestij ialah Datuk Nicol Ann David (Anugerah Voices of H.E.R), Datuk Pandelela Rinong Pamg (Anugerah Wanita Kesukanan) dan Cik B (Anugerah Wanita Muda).
The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Peka dengan teguran
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah, PU Riz berkata dia mengambil cakna dengan setiap teguran yang diberikan.
Namun, Neelofa, 36, memilih untuk tidak dijelaskan kepada umum dan cukup hanya keluarga mengetahuinya.
Benda ini tidak mengganggu saya langsung, alhamdulillah. Tetapi bukan bermaksud tidak peduli apa orang lain tegur dan nasihat.
Kami ambil cakna dan benda itu saya rasa tak perlu didedahkan di umum apa yang kami buat atau bincang. Cukup setakat kami adik beradik dan mak ayah.
Semestinya kami ambil peduli dengan cara kami tersendiri. Walaupun di mata orang belum cukup bagus, tetapi insya-Allah kami tahu (apa yang terbaik untuk dia).
Sekarang ini, doa adalah yang paling terbaik.
Terdahulu, Ameera menerima kecaman hebat selepas Jefri memuat naik video yang memaparkan aktor itu sedang mencium pipinya.
@ohbulanofficialKita doakan yang terbaik untuk Ameera Khan and Jefri Nichole ??? original sound – OHBULAN!