Kunjungan pelakon jelita, Anzalna Nasir ke sebuah pusat pelindungan anak-anak yatim baru-baru ini telah membuatkan warganet turut berasa hiba.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Segan Nak Minta Hutang, Lima Tahun Tunggu Kawan Bayar Balik – ‘Dah Meninggal Kot, Sebab Senyap Je’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’
Dekati anak yatim
@anzalnanasir Kebetulan, bila tanya nak bagi barang-barang bayi, rupanya ada baby baru di Rumah Yatim Nurkasih Melawati. Berbaur perasaan bila melihat anak kecil yang ditinggalkan oleh ibunya seawal usia tiga hari kerana tidak berkemampuan untuk menjaga, selepas ditinggalkan oleh suami yang pergi kepada betina lain. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir dilhat sedang meriba seorang bayi.
Pada ruangan kapsyen, aktres berusia 37 tahun itu berkongsi kisah duka bayi tersebut yang ditinggalkan ibu kandungnya.
Kebetulan, bila tanya nak bagi barang-barang bayi rupanya ada bayi baru di Rumah Yatim Nurkasih, Melawati.
Berbaur perasaan bila melihat anak kecil yang ditinggalkan oleh ibunya seawal usia tiga hari kerana tidak berkemampuan untuk menjaga selepas ditinggalkan suami yang pergi kepada betina lain.
Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mengenangkan nasib bayi tersebut yang memerlukan perhatian seorang ibu.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji keikhlasan hati Anzalna yang sudi mencurahkan rasa kasih terhadap bayi berkenaan meskipun hanya sebentar.
Terubat rindu ibu anak itu tengok video ini, tak apalah ambil masa dahulu.
Bila Anzalna letak bayi itu dekat dada, Allahu mengalir air mata.
Lena dia dalam dakapan seorang ibu, dapat la dia merasa sekejap. Ya Allah sebaknya tengok, kesian kamu nak.
Tengok Anzalna belai anak tu, menitik air mata. Seawal ini dia diuji Allah.
Anzalna baik dan pemurah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Sumber: TikTok Anzalna Nasir