Pelawak terkenal, Saiful Apek mengakui kesilapannya selepas tular video yang memaparkan dia sedang berpelukan dengan usahawan sensasi, Kak KM.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Saiful Apek Tak Jaga Batas, Berpelukan Dengan Kak KM – ‘Kata-Kata Abang Memang Mantap, Tapi Berhati-Hati’
Artikel BerkaitanSaiful Apek Berdiam Isu ‘Kehilangan’ Yassin – ‘Dia Mungkin Tak Pandai Mana ..’
Penjelasan Apek
@komunitidakwahtarbiah Saiful Apek diterjah untuk menerangkan tentang isu tular yang telah berlaku.@saifulapekgitugitu
? original sound – Komuniti Dakwah Tarbiah – Komuniti Dakwah Tarbiah
Menerusi temu bual bersama Komuniti Dakwah Tarbiah, Saiful atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff memohon maaf dan bertanggungjawab di atas tindakannya.
Maaf, saya salah. Saya tahu saya salah. Kalau kata saya terlibat dengan sesuatu yang cenderung kepada perkara negatif, saya harus bertanggungjawab.
Tidak ada kaedah untuk saya memanipulasikan atau menuding jari. Salah tetap salah.
Saya akui, yang buruk datang daripada kita dan yang baik datang daripada Allah SWT.
Saya yang pikul tanggungjawab itu untuk memperbaiki diri saya. Saya juga manusia yang tidak lari dari kesilapan.
Dalam masa yang sama, pelawak berusia 56 tahun tersebut sedar akan kekhilafan yang telah dilakukannya.
Kita akan sentiasa diuji dan takkan terlepas daripada sifat lalai dan khilaf.
Paling penting untuk kita muhasabah diri ada empat intipati. Yang pertama menyedari, kemudian menyesali, yang ketiga mengakui dan memperbaiki.
Jadi saya dengan setulus hati, mengakui apa sahaja kesilapan yang berlaku dan sedang tular sekarang ini adalah khilaf yang datang daripada diri saya sendiri.
Ambil tanggungjawab
Sementara itu, pelakon filem Cicak Man tersebut berharap agar orang ramai tidak lagi mengaitkan isu berkenaan dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Kalau ditegur dengan kasih sayang, saya terima dengan berlapang dada.
Saya harap kalau boleh hal ini jangan ditempiaskan lagi kepada keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan saya.
Apa yang saya katakan bukanlah untuk menegakkan benang yang basah atau mempertahankan diri kerana salah tetap salah.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Apek dilihat berpelukan dengan Kak KM dalam sebuah acara yang berlangsung baru-baru ini.
Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka dihujani dengan kecaman warganet dan mendapat perhatian pendakwah bebas PU Syed yang turut menegur tentang batas pergaulan bukan mahram.
Sumber: Komuniti Dakwah Tarbiah