Personaliti televisyen, Aidid Marcello menegur pempengaruh yang didakwa dengan sengaja menjejaskan reputasi seorang pelakon wanita menerusi dua buah video parodi yang dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ellie Suriaty Berang Nama Dipermainkan Imran Bard Dalam Video Parodi – ‘Saya Mahu Ibu Bapa Dia Datang Minta Maaf’
Artikel Berkaitan: Caprice Cadang Ellie Suriaty, Imran Bard Berjumpa & Selesai Cara Baik – ‘Saya Rasa Dia Tak Ada Niat Jahat’
Jaga adab
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aidid sebagai seorang pengacara yang berpengalaman berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu berlaku sebelum ini kerana sifat saling menghormati di antara satu sama lain.
Bila kau tak ada adab buat konten, inilah bahananya.
Zaman dulu tak ada orang petik-petik nama sesuka hati sebab kita jaga dan kita hormat.
Menurut Aidid, tindakan pempengaruh berkenaan boleh memberi tanggapan buruk terhadap pelakon wanita tersebut.
Mungkin ada segelintir individu tak kenal siapa pelakon tersebut tapi apabila tonton video itu, mereka akan beri persepsi buruk kepadanya. Tak pasal-pasal kena menanggung dosa.
Ada bagusnya bila terkena macam ini, sekurangnya biar terhantuk sikit untuk sedar.
Nasihat Aidid
Dalam pada itu, Aidid juga kurang senang dengan cara pempengaruh tersebut melakukan permohonan maaf.
Cara dia minta maaf dengan ketawa, saya rasa dia tidak sepatutnya buat begitu. Ambilah secara serius.
Turunkan ego, esok-esok kalau akaun TikTok sudah tiada awak bukan lagi sesiapa. Jaga adab dan pergi jumpa dia untuk minta maaf.
Justeru, Aidid menasihati generasi muda untuk menjaga adab dan berusaha menjadi pempengaruh yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Untuk generasi baru, awak semua banyak pengikut dan boleh mempengaruhi ramai orang dalam masa singkat. Itu bagus, tetapi gunalah untuk kebaikan. Jangan bila orang tegur, awak semua ‘menyalak’.
Saya tak kata saya bagus, tetapi bila saya rasa sudah sampai masa untuk menegur.
Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Sumber: IG Aidit Marcello