Pelakon Fattah Amin berkongsi cara yang dilakukannya semasa ditimpa dengan ujian yang besar daripada Allah SWT.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Kongsi ‘Quote’ – ‘Hidup Berubah, Orang Datang & Pergi’
Nasihat Fattah
@imani.imtiyaz Kalau ramai tanya knpe sayang sgt dengan adik kakak yg nie. Dr kakak kenal dia 10 thn lps.. Ini lah sebab2nya. 1st sekali sbb mjaga solat 5 waktu dan attitude dia yg buat kakak sgt2 adore. Thank n credit video @redvelvetmanis09 ?? “Taubat Ramadhan, Max Atria, Singapore @fattahamin #fattahamin #singapore #fyp
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohamad Amin dilihat berkongsi tentang perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan di dalam sebuah majlis.
Menurut aktor berusia 35 tahun itu, dia juga tidak terlepas daripada ujian Allah SWT namun memilih untuk tidak cepat melatah atau beremosi.
Saya diuji dengan ujian yang sangat berat. Apa yang saya buat adalah saya akan tenangkan diri dahulu dan beristighfar.
Apabila diuji kita jangan terus beremosi. Kalau boleh kita relaks dan beristighfar.
Antara ujian besar saya, saya diuji dengan kegagalan dalam perkahwinan.
Ada juga orang yang diuji dengan pemergian orang-orang tersayang.
Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tersebut turut menitipkan nasihat agar sentiasa mendahulukan solat kerana baginya ia adalah masa yang sesuai untuk mengadu segala masalah kepada Allah SWT.
Waktu solat sebenarnya waktu untuk kita mengadu kepada Allah. Kalau ada masa solat sunat itu lebih bagus.
Mengadulah kepada pencipta kita iaitu kepada yang memberi ujian. Kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah berikan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap sabar dan tenang yang dimiliki Fattah.
Malah mereka juga menyifatkan Fattah sebagai seorang yang matang kerana reda dengan ujian yang diberi.
Sumber: TikTok