Tidak lagi berselindung, deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd mengundang perhatian ramai apabila memuat beberapa perkongsian bersama pelakon, Emma Maembong di TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Selamba Jawab ‘Ada Dalam Hati’ – ‘Wah Sweet Lah Abang Ni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami – ‘Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga’
Sahkan sudah bernikah?
Dalam hantaran itu, Dj Kidd berkongsi video pendek memaparkan momen romantis dia bersama Emma.
Lebih mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis mengatakan dia mahu menjadi suami terbaik untuk Emma. Malah, dia turut menggelar aktres itu sebagai ‘isteri’.
Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak (Emma). Wife.
Menerusi hantaran lain di entri sama, deejay tersebut juga menyatakan rasa cintanya terhadap Emma.
I love you. Tak perlu tunggu masuk syurga untuk jumpa bidadari.
Perkongsian itu sekali gus seakan menjawab spekulasi yang betebaran sebelum ini mendakwa mereka sudah berkahwin.
Pun begitu, Emma baru-baru ini ketika ditemui di AJL39 enggan memberi sebarang kenyataan.