Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming kembali dengan usaha dua kali ganda buat siri masakan bulan ramadan untuk tahun kelapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Pakar Borak Dengan Orang Tua – ‘Habislah Ramai Berebut Nak Buat Jadi Menantu’
30 hari 60 resipi
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat memberi sedikit kelainan bagi siri masakan tahun ini.
Menurutnya, dia mengambil masa lebih dua bulan untuk menyiapkan persiapan konten.
Kali ini saya dan team letak effort yang lebih.
Kita habiskan lebih dua bulan untuk shoot dan edit semua video.
Tahun ini bukan sahaja 30 resipi tapi 60 resipi.
Kelainan tahun kelapan
Berkongsi lebih lanjut, pempengaruh berusia 32 tahun itu bakal fokus pada segmen siaran langsung untuk bazar Ramadan.
Tidak henti disitu, pengasas Sambal Nyet itu juga bakal menyajikan segmen baharu iaitu Aming in Oman.
Dalam masa yang sama, saya mahu fokus pada livestream, jadi kita akan buat banyak live daripada bazar ke bazar untuk tunjuk mana yang best dan juga untuk support peniaga lokal.
Selain daripada 30 hari 30 resipi, tahun ini kita nak bawak keistimewaan baru.
Kita nak bawak anda jalan jalan di Oman.
Dalam pada itu, Khairul turut teruja untuk pengikutnya menyaksikan konten-konten yang telah disiapkan bagi edisi Ramadan tahun ini.
Sumber: Instagram @khairulaming