Penyanyi Amira Othman sekali lagi meraih perhatian netizen apabila dilihat bersama ibu kepada pelakon Fattah Amin di sebuah majlis yang dihadiri.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Memang Suka Pakai Baju Warna Putih, Nafi Keluarga Fattah Amin Datang Merisik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’
Ibu Fattah
@rissaskin_hq Replying to @Munirah Marzuki Kita doa yg baik baik tau. Janji malam esok dating dgn mem dan FATTMIRA dan beli #intensivenightcreamrissaskin ? original sound – Rissaskin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, dilihat sedang duduk bersembang dengan ibu Fattah iaitu Azizah Abdul Ghani.
Apa yang meraih perhatian apabila cara ibu Fattah dilihat bersahaja seperti sudah selalu bertemu dengan pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu.
Perkongsian itu mendapat lebih 170 ribu tontonan di TikTok.
Netizen doa yang terbaik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merestui hubungan Amira dan Fattah. Selain itu, warganet turut meminta untuk menghormati privasi kedua-dua pihak dan hanya mendoakan yang terbaik.
Sumber: TikTok @rissaskin