Penyanyi Aisha Retno belum berhasrat untuk mengadakan persembahan berskala besar susulan kontroversi pembatalan konsertnya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru – ‘Duit Itu Dipinjamkan Untuk AJL38’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu & Aisha Retno Bertemu, Bakal Keluarkan ‘Surat Cinta’? – ‘Jangan Main Dengan Api’
Showcase kecil-kecilan
View this post on Instagram
Meskipun berasa hampa dengan kemelut yang melanda, namun Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam memberitahu bahawa dirinya terbuka untuk melakukan showcase secara kecil-kecilan.
Sejujurnya, saya tidak ingin mengadakan konsert berskala besar pun dari awal. Saya cuma mahu tampil dalam showcase kecil-kecilan.
Insya-Allah selepas mengeluarkan album, saya mahu buat persembahan istimewa bagi sesiapa yang sudi datang iaitu membabitkan sekitar 100 penonton.
Kalau showcase kecil-kecilan tersebut dapat dijayakan, sayalah orang paling bahagia.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun tersebut mengakui terkesan dengan isu pembatalan konsert terbabit namun berasa senang kerana ramai yang mula mengetahui tentang dirinya.
Siapa sahaja tidak sedih dan stres tetapi saya percaya orang lain pun ada tekanan masing-masing. Ini minat saya, saya masih nak menyanyi.
Ada juga orang cakap saya ‘people pleaser’ (tindakan menyenangkan orang lain) sebab itu saya perlukan pasukan yang kuat. Ini memang pengajaran bagi saya.
Secara tersurat memang terkilan tetapi secara tersirat, ramai orang kenal saya walaupun dengan cara negatif.
Kes masih berjalan
Sementara itu, pelantun lagu Sutera tersebut turut memaklumkan tentang perkembangan terkini berhubung kes pembatalan konsert berkenaan dengan penganjur, Kharisma Music International yang diwakili penyanyi Yuka Kharisma.
Memang kami selesaikan secara tertutup dan kes masih berjalan, belum selesai lagi tetapi saya nak fokus kepada karier saya.
Benda ini biasa dalam hidup, kita akan lalui perkara begini (kontroversi) supaya sedar diri dan lebih berhati-hati namun saya tidak menyesal melalui fasa tersebut sebab dapat memotivasikan diri serta kenal ramai orang ikhlas yang mahu membantu saya dalam kes terbabit.
Apa-apa pun kerja tetap kerja. Cumanya, hubungan kami tercalar tetapi saya nak fokus ke hadapan tanpa ada drama.
Terdahulu, Aisha meluahkan rasa kecewa selepas konsert sulungnya iaitu Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November lalu dibatalkan.
Difahamkan, pembatalan konsert tersebut terpaksa dibuat oleh Kharisma Music International di atas faktor penjualan tiket yang tidak memberangsangkan.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga menuntut baki wang sebanyak RM77,000 daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM83,000 yang didakwa telah dipinjam ketika Aisha bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38.