Penyanyi dan usahawan kontroversi, Ifa Raziah dipercayai sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun Sepuluh Jari & Mohon Maaf’ – Ifa Raziah Tak Ada Niat Guris Hati Orang Iban
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah & Roslan Shah Lerai Sengketa 7 Tahun, Turunkan Ego Demi Persahabatan – ‘Harap Kisah Perselisihan Faham Kami Dijadikan Contoh’
Perlu ke rekod?
@ifa_raziah SALAM MAGHRIB DARI MADINAH Disisiku solat bersama @Cikgu Delly ? original sound – IFARAZIAH
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 50, dilihat telah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib sambil berdoa di Madinah.
Dalam pada itu, Ifa memohon maaf kerana lambat memuat naik hantaran di media sosial semasa di Tanah Suci kerana mahu fokus pada ibadah.
Salam Maghrib dari Madinah.
Maafkan saya terlambat update kerana fokus kepada ibadah.
Insya-Allah bila ada kesempatan saya akan buat posting di media sosial.
Walau bagaimanapun, hantaran itu dipersoalkan oleh rata rata netizen apabila melihat Ifa berdoa sambil merekod diri sendiri.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, selain daripada netizen mempersoalkan tindakan pelantun lagu ‘Dalam Diam’ itu, terdapat juga doa daripada warganet agar Ifa kekal bertudung apabila pulang daripada mengerjakan umrah.
Sumber: TikTok @ifaraziah