Usahawan Kieda Crepe memaklumkan terdapat seorang pembeli membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung harga kek yang dijual didakwa terlalu mahal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Syukur Dapat Semula Barang Kemas, Pelaku Dijatuhi Hukuman 4 Tahun Penjara & Denda RM20,000 Seorang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’
Laporan KPDNKK
@kiedacrepepenang Semoga Allah memberi ketenangan hati buat kalian yang selalu pandang keburukkan kieda ???? @Kiedacrepepenang2 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra bagaimanapun meluahkan rasa lega apabila tiada sebarang tindakan yang diambil terhadapnya selepas pegawai kementerian melakukan semakan harga.
Ada pembeli dan haters buat laporan kepada KPDN dengan mengatakan kek kedai saya RM20 mahal.
KPDN datang tengok tetapi semuanya lulus. Tiada saman kerana harga makanan semua berpatutan.
Sampai ke tahap itu nak usik Kieda Crepe?
Dalam masa yang sama, Kieda turut berkongsi mesej perbualan di aplikasi WhatsApp bersama pekerjanya berhubung isu tersebut.
Difahamkan pihak KPDN tidak mengambil sebarang tindakan berikutan tanda harga telah diletakkan dengan jelas malah kek tersebut bukan di dalam kategori barang kawalan.
Pelekat harga kita jelas, besar dan terpampang, jadi tiada tindakan yang diambil.
Kalau mahal pun mereka ada pilihan nak beli bukan paksaan sebab harga sudah diletakkan.
Makanan ini ‘homemade’, bukan dalam senarai harga kawalan macam minyak, ayam atau lain-lain.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kurang senang dengan aduan yang dilakukan individu tersebut kerana bagi mereka harga kek itu berpatutan.
Dalam pada itu, mereka juga menasihati Kieda agar tidak mengendahkan sesiapa sahaja yang cuba untuk menjatuhkannya.
Sumber: TikTok Kieda Crepe