Seorang individu warganegara Indonesia gagal menahan sebak dan melutut tanda terima kasih kepada selebriti media sosial, Aisar Khaled kerana memberi wang kepadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Usaha Tidak Bersentuhan, Netizen Simpati Sebab Tetap Dipegang – ‘Dia Tak Mahu Orang Kecil Hati’
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Nasihat ‘Influencer’ Jangan Hasilkan Konten Bod*h, Perlu Ada Nilai Pengajaran Untuk Orang Ramai
Kongsi rezeki
Menerusi hantaran di TikTok, Aisar memuat naik sebuah konten dengan memberikan sejumlah wang kepada seorang individu yang bekerja sebagai pemotong rumput.
Individu berusia 40 tahun itu pada awalnya menerima 200,000 rupiah sebelum wang digandakan disebabkan Aisar berasa simpati mendengar kisah hidupnya yang serba kekurangan.
Menurut Individu terbabit, dia sudah berkerja sebagai pemotong rumput selama 20 tahun demi mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Malah, dia mahu memastikan anak-anaknya dapat melanjutkan pengajian dan tidak melalui nasib sama seperti dirinya.
Individu itu lantas menangis dan tidak henti menitipkan ucapan terima kasih sambil ditenangkan oleh Aisar.
Mereka juga sempat berpelukan sebelum berpisah dan Aisar meluahkan rasa syukur dapat membantunya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya baik dari Malaysia mahupun Indonesia memuji tindakan Aisar.
Sumber: Instagram