Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di muara sungai Kampung Kerila pada petang Rabu.
Mangsa tersangkut pada pokok
Memetik laporan Harian Metro, mangsa iaitu Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang berusia 19 bulan itu ditemukan tersangkut pada sebatang pokok di kawasan muara sungai tersebut, kira-kira 45 jam selepas dilaporkan hilang. Lokasi penemuan mayat itu terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarganya.
Jurucakap bomba yang ditemui di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut, namun sehingga kini belum ada maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: Harian Metro