Keakraban dan kemesraan pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman semakin menjadi perhatian ramai meskipun sebelum ini mereka pernah menafikan menjalinkan hubungan cinta.
‘Saya tahu Fattah ni kacak’
@angah.9503 Kaklong tau fav food Abglong ek?? #AMiracleforFattah #AMiracleforFattah #detektiffamiracle #FattahXAmira ? original sound – Angah 9503
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Amira, Fattah dan Azad Jasmin bersama-sama bersiaran langsung bagi mempromosikan sebuah produk penjagaan wajah.
Bagaimanapun, Azad atau nama lebih mesra dengan panggilan Pak Azad selaku hos pada malam itu yang turut berperanan sebagai ‘wakil netizen’ dilihat berbual-bual sambil mengajukan beberapa soalan ‘panas’ kepada Fattah dan Amira.
Ketika sedang asyik Fattah dan Azad berborak mengenai topik makanan, tiba-tiba Amira memberitahu bahawa makanan kegemaran Fattah adalah kuetiau.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu memgatakan bahawa dia mengetahui perkara tersebut selepas menonton sesi temu bual aktor itu di media sosial.
Hidup kau ni kan Mira memang kerja tengok Fattah je lah. Tengok interview, dia makan apa. Dia berlari dengan Nabil pun kau tahu.
Saya tahu Fattah ni kacak, saya faham. Fattah ni sejenis manusia yang orang lelaki tengok pun dia.
Susulan daripada itu, Fattah kemudian mengakui bahawa Amira merupakan individu yang banyak menyokong kerjaya seninya.
Dia banyak sokong kerjaya saya, sebab tu dia banyak tengok tentang saya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya suka melihat kemesraan Fattah dan Amira malah ‘merestui’ sekiranya mereka berdua bertemu jodoh kelak.
Pada Isnin lalu, Fattah dan Amira dalam kenyataan berbeza menafikan dakwaan kononnya sudah melangsungkan pertunangan seperti yang tular sejak Ahad lepas.
Kata Fattah, dia menganggap khabar angin itu mungkin timbul kerana komen netizen yang mendoakan mereka berdua.
Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Fattah telah merisik dan bertunang dengan Amira pada Jumaat lalu serta bakal melangsungkan pernikahan pada Syawal nanti.
Sumber: TikTok