Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berpesan kepada golongan selebriti dan pempengaruh untuk mempamerkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Artikel Berkaitan: Kes Khalwat: Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah, Bayar Denda RM3,000 – ‘Sudah Selesai, Tutup Buku’
Artikel Berkaitan: ‘Bayang’ Aliff Aziz & Ruhainies Tak Kelihatan, Kes Khalwat Dijangka Tunda
Suri teladan
Mohd Na’im berkata, dengan kelebihan pengikut yang ramai dimiliki golongan tersebut, mereka boleh menjadi suri teladan dalam menyebarkan nilai murni kepada orang ramai.
Saya mengharapkan setiap seorang daripada kita termasuk diri saya mahupun selebriti atau pempengaruh yang ada pengikut yang ramai untuk menjadi contoh kepada masyarakat.
Sebagai orang yang ada pengaruh, sudah pasti kita mahu bawa pengikut ke arah kebaikan.
Jadi kita bermula daripada diri kita sendiri untuk menunjukkan contoh-contoh yang baik.
Mohd Na’im memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program Ramadan dan Syawal 2025 TV Alhijrah yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.
Tambah Mohd Na’im, hal itu secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara harmoni yang didiami masyarakat yang mempunyai nilai murni tinggi.
Saya minta sangat kerjasama daripada pempengaruh, selebriti yang ada pengikut ramai untuk bawa masyarakat ini membina akhlak dan budaya pekerti serta tauladan yang baik.
Apabila tunjuk contoh yang baik, kita dapat membina masyarakat yang harmoni di negara kita yang tercinta ini.