Pengacara dan usahawan, Ameera Zaini akui rindu untuk aktif kembali dalam dunia pengacaraan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Naz Rahman ‘Excited’ Bergandingan Dengan Sissy Iman Di AJL39 – ‘Saya Suka Pasangan Hos Yang Ada Otak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Alhadad Puji Naz Rahman & Sissy Iman – Sangat ‘Classy’, Mereka Tahu Apa Yang Perlu Dicakapkan’
Fokus bisnes
Menjawab mengenai pengacaraan, Ameera Zaini, 36, memilih untuk memberi komitmen sepenuhnya pada bisnes buat masa sekarang.
Menurutnya, dia masih menerima tawaran sebagai pengacara sehingga kini.
Saya rindu nak jadi pengacara tapi saya pun tak pasti masih relevan ke tidak.
Untuk offer, saya ada dapat.
Tapi buat masa sekarang saya kena beri komitmen pada bisnes.
Ameera berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, pada majlis pelancaran Steve Madden x Ameera Zaini Raya Ekslusif di Mid Valley Mall, pada Khamis.
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mendedahkan bahawa dia akan kembali aktif dalam bidang pengacaraan selepas perniagaannya mencapai tahap yang lebih stabil.
Ada rasa nak mengacara semula bila tengok kawan-kawan buat hosting.
Tapi bukan tahun ini, mungkin nanti. Bila lebih stabil sebab saya pun nak kena jaga kesihatan juga.