Penyanyi hebat, Haqiem Rusli berharap peminat industri muzik tanah air memberikan sokongan kepada perjalanan seni rakannya iaitu Azzam Sham.
Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Tak Sokong Keganas*n, Doa Yang Terbaik Buat Pereka Fesyen & Jurugambar – ‘Semua Orang Kena Ujian’
‘Supportlah Azzam Sham’
@sherrysyeefa Supportive Haqiem Rusli! Jom ramai2 support Azzam Sham jugak. Dgr2 ada lagu baru nanti. Semoga Haqiem & Azzam terus bersinar. Jgn pernah putus asa . In shaa Allah ada rezeki nnti???@azzamsham @Haqiem Rusli #haqiemrusli #azzamsham #idolakecil #bigstage #ajl39 #support #talent #singer #singersongwriter ? Cinta Jangan Pergi – Azzam Sham
Menerusi rakaman sesi siaran langsung yang tular di TikTok, Haqiem meluahkan rasa pelik Azzam tidak mendapat perhatian ramai sedangkan rakannya itu merupakan seorang penyanyi yang bagus dan berbakat besar.
Korang supportlah Azzam Sham, dia itu rakan seperjuangan saya dulu.
Dia (Azzam) berbakat besar dan sangat bagus.
Kenapa korang berikan kurang perhatian kepada dia? Suara dia sedap, ‘attitude’ dia pun bagus, muka pun handsome.
Kalau dia keluarkan lagu korang ‘support’lah dia sebab jarang tau nak jumpa penyanyi yang kalau nyanyi ‘live’ suara dia sedap.
Sebab itulah dia juara program ‘Big Stage’.
Ketika membaca soalan daripada netizen, pelantun lagu ‘Sangkar Derita’ itu tidak menolak untuk menghasilkan sebuah lagu buat Azzam untuk membantu melonjakkan semula karier nyanyian rakannya itu.
Betul lah itu rezeki dia belum sampai tapi apa-apa pun kita doakan je lah dia.
Insya-Allah kalau dia roger saya, saya on je buat lagu untuk dia.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Haqiem dan menyifatkannya sebagai seorang yang begitu ‘supportive’ terhadap rakan seperjuangannya yang lain.
Netizen yang lain juga mendoakan kejayaan Azzam sambil berpendapat suami kepada penyanyi Sheryl Shazwani itu hanya perlu mendapatkan karya yang sesuai untuknya.
Sumber: TikTok