Ketika ini seluruh umat Islam sedang menunggu kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadan yang mewajibkan setiap Muslim untuk melaksanakan ibadah puasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Anak Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Kagum – ‘Terima Kasih Sudi Hantar Ke Kolej, Saya Tahu Banyak Susahkan Umi & Abi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan Ustaz
@bacalahhub Cara niat puasa yang betul ?@BacalahHub ilmu feqah ?@BacalahHub #ustazazharidrus #bacalahhub #ilmuagama #ilmufeqah #Ramadan2024 #ilmu
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi sebuah video yang dimuat naik semula di TikTok telah menjelaskan tentang waktu untuk berniat puasa.
Menurut Ustaz Azhar, niat puasa mestilah dilakukan di antara waktu maghrib hingga subuh.
Ingat, niat puasa pada waktu malam. Malam ertinya dari waktu maghrib hingga subuh. Orang azan masuk maghrib maknanya sah niat puasa.
Mana-mana jam dari maghrib sampai subuh, pilih sahaja waktu untuk berniat, maka ianya sah.
Hadis nabi & ulasan ulamak
Sementara itu, Ustaz Azhar menegaskan bahawa perkara tersebut adalah berlandaskan hadis nabi dan juga ulasan ulamak.
Nabi sendiri memberitahu tentang perkara ini, manakala ulamak kemudian memberi ulasan supaya kita mudah faham.
Kata ulama niat berpuasa mestilah pada waktu malam. Tidak sah niat apabila dilakukan sebelum maghrib.
Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar turut berkongsi dua buah hadis Rasulullah SAW berkenaan niat ibadah bagi rukun Islam ketiga itu.
Nabi mensyaratkan niat puasa mesti waktu malam. Antara hadisnya adalah:
Barang sesiapa yang tidak menghimpunkan puasa pada waktu malam, maka tidak sah puasanya.
Siapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sampai terbit fajar subuh, tidak sah puasanya.
Sumber: TikTok