
Kalau sebut Tenaga Nasional Berhad (TNB), mesti korang terus terbayang syarikat yang membekalkan elektrik ke rumah dan tempat kerja kita, kan? Tapi, korang tahu tak, keuntungan yang TNB peroleh bukan sekadar untuk operasi syarikat sahaja, tetapi sebahagian besarnya disalurkan kembali kepada rakyat!
Dengan prestasi kewangan yang kukuh untuk tahun 2024, TNB terus memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi negara stabil, bekalan tenaga mampan, dan rakyat mendapat manfaat secara langsung.
Bayangkan, 60% keuntungan TNB diberikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif penting!
Kemana keuntungan TNB disalurkan?
Untuk pengetahuan korang, sebahagian besar keuntungan TNB disalurkan kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti PNB, KWSP, Khazanah, KWAP dan Lembaga Tabung Haji. Ini bermakna, duit yang dilaburkan ke dalam tabungan rakyat dan pesara terus berkembang dengan lebih stabil.
Selain itu, sejak tahun 2000, lebih 525,000 lampu jalan telah dipasang di luar bandar. Pada tahun 2024, sebanyak 14,210 lampu LED cekap tenaga dipasang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Ini bukan saja meningkatkan keselamatan, malah membantu ekonomi kampung berkembang maju dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Menjamin elektrik yang mampu milik dan stabil untuk semua rakyat Malaysia
Salah satu kebimbangan utama rakyat ialah sama ada keuntungan TNB mempengaruhi kadar tarif elektrik. TNB memberi jaminan bahawa:
- Tarif dikawal oleh kerajaan dan tidak berkait dengan keuntungan TNB.
- Pelaburan semula dalam kecekapan grid membantu mengekalkan kadar tarif yang berpatutan dan menghindari sebarang peningkatan yang tidak munasabah.
- Program mengutamakan rakyat seperti insentif solar dan tarif mengikut masa penggunaan yang membantu mengurangkan bil elektrik.
Bukan tu saja, TNB juga giat memperluaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak nyata kepada rakyat Malaysia, merangkumi empat teras utama iaitu pendidikan, sukan, kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar. Ini termasuk:
- Projek elektrifikasi untuk kawasan luar bandar
- Program pendidikan dan latihan kemahiran
- Pembiayaan projek lestari berasaskan komuniti
Menjana Malaysia dengan tenaga hijau & lestari

Sebagai syarikat yang menerajui tenaga negara, TNB juga berusaha untuk menjadikan tenaga bersih lebih mudah diakses ketika Malaysia beralih ke tenaga yang lebih bersih pada masa hadapan, TNB menerajui usaha kelestarian dengan:
- Melabur dalam tenaga boleh baharu seperti solar, hidro dan hidrogen hijau.
- Memodenkan grid nasional untuk kecekapan, kebolehpercayaan dan integrasi tenaga hijau.
- Membiayai penyelesaian tenaga pintar bagi membantu pengguna mengurus penggunaan elektrik secara berkesan.
Paling menarik, 85% rakyat Malaysia yang menerima subsidi elektrik akan mendapat bil elektrik berlabel hijau sebagai tanda usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat seiring dengan kemampanan tenaga.
Masa depan Malaysia lebih cerah bersama TNB
Tak dinafikan, kejayaan TNB bukan sekadar keuntungan syarikat semata-mata. Ia tentang bagaimana manfaat itu dikembalikan kepada rakyat, dari segi kestabilan ekonomi, kesejahteraan sosial dan masa depan tenaga yang mampan.
Sebagai rakan tenaga utama negara, TNB akan terus menerangi masa depan Malaysia dengan pelaburan strategik, tadbir urus yang bertanggungjawab dan komitmen jangka panjang kepada rakyat.
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana TNB menyumbang kepada kesejahteraan negara, boleh layari laman sesawang TNB atau ikuti perkembangan mereka di media sosial.