Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berkongsi perkembangan terkini selepas dimasukkan ke hospital akibat mild slipped disc.
Artikel Berkaitan: Anak Lelaki Ayda Jebat Dijangkiti Influenza – ‘Mohon Doa Aali Mateen Cepat Sembuh’
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Nasihat Peminat Perlu Ada ‘Common Sense’, Rasa Tak Selesa Disentuh & Diajak Bergambar Tanpa Kebenaran
Ayda masuk wad sebab slip disc
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Ayda atau nama lengkapnya Nurul Suhada Jebat memaklumkan bahawa dia kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap janji.. (Nurse dengan staff kat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik kabur aja tah kemana mana)
Pelantun lagu Pencuri Hati ini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan kenalan yang mendoakan kesihatannya serta bertanya khabar melalui mesej peribadi (DM).
Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang.
Dalam perkongsian tersebut, Ayda turut meminta tips daripada mereka yang pernah mengalami posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.
Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please.. Salam Ramadhan juga buat semua
Sementara itu, peminat serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar Ayda segera sembuh.
Sumber: Instagram Ayda Jebat