Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang memenuhi syarat.
Salah satu syarat sah puasa adalah berniat sebelum waktu Subuh. Namun, timbul persoalan, adakah boleh berniat puasa untuk sebulan penuh sekaligus atau adakah wajib berniat setiap malam?
Niat puasa Ramadan
@bacalahhub Niat puasa yang BETUL | Tambah ilmu feqah?@BacalahHub ?@BacalahHub ?@BacalahHub #ustazazharidrus #ceramahislam #Ramadan2024 #bacalahhub #ilmufeqah #ilmuagama ? Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi sebuah video yang dimuat naik semula di TikTok telah menjelaskan tentang hukum niat berpuasa di bulan Ramadan.
Nak niat puasa sebulan sekaligus, boleh. Mazhab Maliki berpandangan niat puasa sebulan sahaja kerana bagi mereka puasa adalah 1 ibadat sahaja walaupun berpuasa selama 30 hari.
Cuma kita mengikut pandangan majoriti ulama iaitu Mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali yang menganggap 1 puasa bersamaan 1 ibadat bermakna kalau 30 hari berpuasa maka 30 ibadat.
Oleh hal demikian, dibolehkan niat puasa sebulan pada malam 1 Ramadan sahaja namun diwajibkan untuk berniat setiap malam di antara waktu maghrib hingga subuh bagi memastikan ibadah puasa lebih sempurna.
Malam lain wajib juga untuk berniat tetapi cuma kalau terlupa niat, puasa masih sah sebab dah niat sebulan. Itu kelebihan dia.
Secara kesimpulannya, niat puasa sebulan dibolehkan tetapi diwajibkan juga untuk berniat setiap malam sebelum Subuh.
Niat puasa
Sumber: TikTok