Desas-desus mengenai pergolakan rumahtangga Cut Tari Aminah Anasya (36) atau lebih dikenali dengan nama Cut Tari dan Johannes Yusuf Subrata (41) kini telah terjawab apabila Yusuf telah memfailkan permohonan cerai pada 18 Disember 2013 yang lalu melalui Pengadilan Agama Jakarta Timur.
Walaubagaimanapun, Yusuf enggan memberi komen mengenai punca perceraian mereka, sebaliknnya hanya menganggap bahawa beliau dan Cut Tari sudah tidak sehaluan lagi. Menurut sumber, Yusuf telah melafazkan cerai sejak setahun yang lalu, tetapi hanya menunggu waktu yang paling sesuai untuk memfailkan permohonan.
Artikel berkaitan:Peguam Minta Hukuman Terhadap Cut Tari Dihentikan
Kisah kegoyahan hubungan pasangan ini mula merebak semenjak tersebarnya video intim antara Cut Tari dan Aeril ‘Noah’ pada 2010. Namun, pada masa itu, Yusuf kelihatan seperti sudah memaafkan Cut Tari berikutan sering dilihat menemani isterinya untuk siasatan kes video intim tersebut.
Teman rapat Cut Tari, Malik Bawazier juga turut memberi kenyataan kepada sumber bahawa perceraian antara Cut Tari dan Yusuf atau nama sebenarnya Ricco Tirtaputra Gani berlaku secara baik, malahan pasangan tersebut masih tinggal serumah memandangkan Yusuf sering berkerja di luar kawasan.
Antara detik bahagia yang pernah dilalui oleh Yusuf bersama Cut Tari
Pasangan yang berkahwin pada 9 Januari 2004 ini telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Sidney Azkassyah Yusuf dan dijadualkan untuk meghadiri sidang pertama proses perceraian mereka pada 22 Januari 2014.
Sumber: Harian Kompas