Nampaknya, 3 orang sahabat yang baru sahaja menjayakan teater ‘Bahayanya Wanita’ iaitu Erma, Umie dan Erra sedang seronok bercuti.
Percutian ini mungkin merupakan hadiah buat diri mereka sendiri setelah berbulan-bulan berkerja keras untuk teater tersebut.
Melalui gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram, mereka kini sedang berada di Bali, Indonesia. Namun, apa yang menarik perhatian, terdapat satu video dimana Erma kelihatan sedang membelai seekor harimau.
Video aksi berani Erma mengusap harimau
Video tersebut dirakam ketika mereka sedang melawat ‘Bali Safari and Marine Park’ yang menjadi salah satu tarikan di sana. Berani juga Erma berada sebegitu hampir dengan seekor harimau sehinggakan diberi amaran oleh pengawal yang bertugas.
Buat semua peminat mereka, jom kita tengok beberapa keping lagi gambar percutian mereka disini.