OHBULAN! percaya ramai peminat yang masih mengingati watak Apek yang dibawa oleh Syazwan Zulkifly dalam drama Juvana. Syazwan berjaya membawa watak tesebut dengan baik dan sekaligus menjadi batu loncatan buatnya dalam industri ini.
Namun, ada desas desus yang tidak sedap didengar apabila Syazwan didakwa telah mengambil barangan terlarang seperti dadah untuk meningkatkan mutu lakonannya.
Syazwan ketika ditemubual oleh Melodi semalam menafikan dakwaan tersebut sekerasnya dan menjelaskan bahawa dia hanya mengambil ubat-ubatan seperti fat burner dan protein yang bertujuan untuk menguruskan badannya.
Antara babak Syazwan sebagai Apek dalam drama Juvana
“Setiap ubat ada sedikit kandungan dadah, tapi dalam dos yang dibenarkan. Jangan tutup minda nak kata setiap dadah itu bahaya. Kalau kata fat burner boleh buat orang bagus berlakon, semua orang ambil fat burner dah. Apa yang saya ambil hanya untuk kecilkan badan saja “
Syazwan turut menambah bahawa sebelum ini dia pernah berusaha untuk cuba mengamalkan diet, namun ianya memakan masa yang agak lama. Oleh itu, dia kini mengambil suplemen, fat burner dan protein di samping menjalani latihan di gimnasium untuk mendapatkan tubuh yang lebih ideal.
Filem ‘Laga’ menampilkan Syazwan yang memegang watak Sabri
“Kalau siapa yang perasan, saya agak besar ketika mula masuk dalam industri ini. Dan sebab itu, saya kurang mendapat peluang untuk berlakon. Jadi, inilah pengorbanan yang saya lakukan untuk industri. Masa shooting saya menggunakan skrip, direktor, cameraman dan apa-apa saja yang saya ada dalam set, itu adalah dadah saya.”
Syazwan yang kini sibuk dengan promosi filem terbarunya ‘Laga’, turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan sesekali mengorbankan kariernya semata-mata kerana mahu mengambil barangan terlarang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.